Monday, September 14, 2015

Degenerative disc dan Premium Beautiful Part 1

Syukur ke hadrat llahi, diberikan kesihatan dan kesempatan untuk update blog ini.
Sejak beberapa bulan yang lepas, memang tiada mood untuk update blog.
Tapi alhamdulillah bisnes SHOM dan barang2 Turki rancak, especially sebellum dan semasa Rmadhan, sehingga sales mencecah lebih RM1000 sebulan. Alhamdulillah.

Tetapi kita nak bagitau la, kesihatan itulah rezeki yang lebih baik dari wang ringgit.
Duit berjuta-juta tiada guna kalau kesihatan tiada.

4 Syawal 1436, suami tiba-tiba jatuh ketika sedang membersihkan kereta untuk pulang ke rumah.
Jatuh dan tidak boleh bangun.
Yes, ini masalah tulang belakang.

Tahun 2008, dia pernah mengalami slip disc, di tulang L5 dan S1.
Sejak itu dia mengamalkan diet dan gaya hidup yang lebih sihat.
Berat badan dari 90kg turun ke sekitar 70-80kg sahaja.
Berat badan ideal bagi seorang lelaki tinggi 180cm.

Berbalik ke cerita 4 Syawal, kami postpone pulang ke rumah 2 hari lewat. Anak-anak ponteng sekolah 1 hari kerana terpaksa.

Selfie berdua sebelum pulang. Muka menahan sakit. Nasib dah ambil painkiller jab kat klinik.


Tapi apabila kena macam ini, tips yang penting,
JANGAN URUT TULANG BELAKANG

Anda hanya perlu letakkan ais pada tempat yang sakit kerana kita nak kurangkan keradangan di situ.
Belilah cold patch (seperti acustop) dan tampal di situ.

Baring dan gulungkan tuala dan letakkan tuala tersebut di bahagian tulang belakang yang sakit. Ini kerana kita nak bagi tulang belakag itu berehat dari apa-apa tekanan.

Buat excercise sambil baring, dengan perlahan-lahan angkat kaki kanan setinggi yang boleh, tahan untuk beberapa saat dan kemudian digilirkan dengan kaki kiri.

Kami postpone pulang ke rumah selepas 2 hari. itupun selepas 1 jab of strong painkiller kat klinik di Kuala Rompin.

Bila dah selamat sampai rumah, kami pergi buat medical checkup, x-ray dan MRI di KPJ Shah Alam.
Diagnosis dia: Minor slip disc, and degenerative and torn disc tissue.



Dan doktor inform, tiada ubat untuk penyakit ini dan keadaan ini kekal sepanjang hayat.
Doctor's recommendation adalah adjust lifetsyle, physiotherapy dan ambil ubat saraf.

So how do we adjust to this?
Saya update dalam next entri.





No comments:

Post a Comment